Sejak kebelakangan sekarang ini terlalu banyak cerita-cerita seram dalam television yang sering ditayangkan menerusi filem-filem kepada masyarakat umum di negara ini sebagai hiburan matlamatnya awalnya.Tetapi pernahkah kita terfikir sedikit sebanyak perkara ini boleh mengugat akidah para penontonnya... Mari kita berkongsi ilmu dalam perkara ini supaya kita dapat menilai sejauh mana gejala ini dapat diatasi dan siapakah yang harus dipertanggungjawabkan.
Perkataan seram biasanya dikaitkan dengan makhluk halus seperti iblis, syaitan, jin, hantu dan sebagainya.Dalam Al-Quran, Allah SWT telah menjelaskan tentang wujudnya makhluk-makhluk halus uang merupakan musuh kepada manusia yang sentyiasa menanti dan mencari peluang untuk menyesatkan dan menganggu manusia.Allah SWT berfirman dalam Al-Quran surah Al-Hijr ayat 39-40 yang bermaksud " Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, sesungguhnya aku akan memperindahkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas di kalangan mereka."
Menonton cerita-cerita seram yang ditayangkan kepada umum melalui filem dan televisyen mendapat sambutan yang hangat dikalangan penonton khususnya orang melayu beragama Islam.Pelbagai kisah yang menarik dipaparkan, seperti cerita Pontianak Harum Sundal Malam, Toyol, Hantu Bonceng, Misteri Jalan Lama, Karak, Serapah Darah Bulan Madu, Santau Merasuk, Pocong dan sebagainya.Tidak ketinggalan juga cerita khurafat, karut marut yang boleh merosakkan aqidah umat Islam.Begitu juga filem-filem dari Negara Seberang ( Indonesia) yang ditayangkan di rantau ini bertemakan cerita seram seperti Pari-Pari, Puteri dan sebagainya. Pada umumnya,menonton filem dan drama television seumpama ini memang seronok dan menghiburkan.tambahan pula ianya dilakonkan Oleh artis yang terkenal dan digilai oleh orang ramai, serta jalan ceritanya sangat menarik yang boleh memukau pemikiran penonton.Ada diantaranya cerita yang dtayangkan jenis bersiri dan mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk menghabiskan cerita tersebut. Sehingga menjadi ketagihan kepada penonton dan mereka merasa tidak senang pula sekiranya telah terlepas menonton walaupun hanya satu siri atau episod.
Pelbagai jalan cerita dan isu dipersembahkan,seperti gambaran atau bayangan hantu atau makhluk halus seperti jin, syaitan serta menggambarkan kawasan yang berpuaka atau seram seperti rumah lama yang telah ditinggalkan dan pokok atau tasik yang misteri atau berpuaka, di kaitkan pula dengan dukun, bomoh dan pawang yang menyesatkan. Seperti bomoh yang menggunakan bahan-bahan seperti kemiyan,bertih, pisau yang dibungkus dengan kain kuning, hitam ,merah serta menggunakan jampi serapah yang memuja benda-benda lain yang dianggap lebih berkuasa selain Allah Taala..kan dah jelas syiriknya...nauzubillah min zalik. Disamping seronok menonton ada juga cerita yang sengaja diciptakan berperasaan cemas dan menakutkan kepada penonton terutamanya berlaku di kalangan penonton yang lemah semangat termasuk kanak-kanak.
Kadangkala boleh menyebabkan penonton itu menjadi sakit,demam dan meracau dalam tidur dengan pelbagai gangguan serta bermimpi yang menakutkan,kadang-kadang hendak ke bilik air di tengah malam pun perlukan berteman. Tidak dinafikan kadang-kadang terdapat juga cerita-cerita yang ditayangkan boleh merosakkan aqidah umat Islam kerana taksub dan meyakini bahawa hantu atau syaitan dalam filem atau cerita yang ditayangkan itu boleh memberi kesan dan mudharat kepada manusia. Ini bersalahan dengan keimanan umat Islam.
Terdapat juga filem dan siri drama tempatan di television sama dia rangkaian milik kerajaan atau swasta, cerita hantu disiarkan dengan kisah tahyul, khurafat serta karut karut yang ada diantaranya boleh memesongkan aqidah umat Islam, kerana penggambarannya dalam filem yang biasanya golongan manusia dijadikan sebagai mangsa potong, pelesit, orang bunyian dan bomoh. Sehingga penonton percaya bahawa golongan makhluk ghaib ini lebih berkuasa dan sekaligus menafikan kekuasaan Allah Taala yang sebenar. Dikalangan masyarakat orang Melayu, semak dahulu lagi sering ditakut-takutkan dengan hantu terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pelbagai jenama hantu ditonjolkan kepada mereka, seperti potong, pelesit, hantu kubur, hantu bajang, langsuir, hantu raya, toyol, pontianak dan sebagainya. Sehingga masyarakat Melayu khususnya ketika itu terutama kanak-kanak menjadi penakut dan lebih takut daripada takut kepada Allah Taala lagi.
Memang tidak dinafikan bahawa Iblis dan Syaitan sentiasa bertungkus lumus mencari peluang untuk menyesatkan manusia daripada aqidah dan berusaha pula menyelewengkan perbuatan yang dilakukan oleh manusia dengan apa cara sekalipun walaupun perbuatan manusia itu sudah benar. Sepertimana Allah Taala berfirman di surah Al-Mujadalah ayat 19 bermaksud "Syaitan telah menguasai mereka, lalu menyebabkan mereka lupa mengingati Allah. Mereka itu luah golongan Syaitan. Ketahuilah!bahawa golongan Syaitan itu sebenarnya orang yang rugi"
Untuk mengelakkan daripada terjerumus kepada perkara yang boleh membawa kesesatan dan penyelewengan aqidah,di sini ada beberapa saranan yang saya ingin cadangankan, pertamanya, tidak perlu kita menonton filem atau cerita yang seram atau seumpamanya kerana tidak mendatangkan faedah. Kedua, didik dan beritahu anak-anak bahawa yang berkuasa atas sesuatu adalah hanya Allah Taala bukan hantu Syaitan. Ketiga, penerbit filem atau drama sepatutnya berkerjasama dalam menghadapi masalah ini serta mengurangkan pengeluarannya sekali pun cerita yang berunsurkan seram itu mendapat sambutan ramai. Sekiranya ingin menerbitkan juga filem atau drama seumpama itu perlu membuat rujukan kepada pihak yang bertanggungjawab dalam bab aqidah supaya ianya tidak menyeleweng dan tersalah.Keempat, pihak berkuasa penapis filem dan drama pula haruslah mengambil langkah mengawalnya agar masyarakat kita terselamat daripada tekanan jiwa dan kerosakan aqidah. Sekian selamat membaca dan berkongsi maklumat dan ilmu....
No comments:
Post a Comment